SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KALI KE-62 TAHUN 2012 "SELAMAT BERTANDING"

SENARAI SEMAK PENGELOLAAN


 

BIL
JAWATAN
BIDANG TUGAS
CATATAN



Pengarah Kejohanan
  • Bertanggungjawab memantau kejohanan ini berjalan mengikut perancangan
  • Memantau tugas j/k kecil pengelolaan dilaksana mengikut jadual
  • Memantau perbelanjaan kejohanan dilaksana mengikut budjet yang diluluskan
  • Memberi arahan-arahan yang difikirkan perlu untuk kelicinan kejohanan ini




Pengurus Kejohanan
  • Bertanggungjawab secera terus dengan kejohanan berjalan mengikut aturcara
  • Bertanggungjawab mengesahkan kejohanan dijalankan mengikut jadual
  • Bertanggungjawab terhadap aspek teknikal dan kepegawaian dilaksanakan dengan betul












Pengerusi Teknik
  • Bertanggungjawab melantik tiga orang Penolong Pengerusi Teknik untuk mengetuai ,J/K Kepegawaian, J/K Peralatan dan J/K Sekretariat
  • Menyediakan syarat-syarat pertandingan
  • Bersama-sama dengan J/K Pertandingan menyediakan undian  senarai peserta
  • Mempastikan kejohanan dijalankan mengikut spesifikasi pertandingan dari aspek teknikal
  • Bersama-sama dengan J/K Pengelola untuk menyediakan  pasukan daerah ke kejohanan peringkat MSSNS
  • Bersama-sama J/K Pengelola memilih pasukan MSSM PPD ke peringkat MSSM negeri.
  • Menyediakan latihan pusat kontigen daerah
  • Mengetuai  J/K Pemilihan dan Persediaan kontigen MSSM PPD
  • Mengistiharkan senarai acara yang akan dipertandingkan didalam kejohanan yang akan dilangsungkan kelak
  • Menentukan bilangan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang-pemenang
  • Membuat budget keperluan J/K Teknikal untuk kejohanan ini
  • Melantik pegawai kejohanan seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi Kepegawaian
  • Menyimpan dan mengemaskinikan rekod rekod kejohanan selari dengan rekod-rekod diperingkat negeri, kebangsaan dan Asean






BIL
JAWATAN
BIDANG TUGAS
CATATAN





Pengerusi Peralatan
  • Menyediakan peralatan mengikut spesifikasi seperti yang disenaraikan oleh Pengerusi Teknik
  • Mempastikan ukuran timbang  yang betul dan peralatan yang selamat sahaja boleh digunakan
  • Menyediakan pasukan Quarter Master/Pembantu Teknikal disepanjang kejohanan
  • Membuat semakan check list penggunaan peralatan dengan teratur dan sistematik





Pengerusi Pertandingan & Pendaftaran
  • Menyediakan senarai peserta yang telah diundi mengikut keperluan  teknikal
  • Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan atas nasihat Pengerusi Teknik
  • Menyusun senarai peserta yang layak ke peringkat akhir dan mengedarkan keputusan /undian tersebut dengan kerjasama Pengerusi Teknik
  • Menerima semua pendaftaran pasukan mengikut kelas dan jantina dan memfailkan dalam fail pendaftaran
  • Menyemak butir peribadi dan kelayakan peserta untuk bertanding



Pengerusi Kepegawaian
  • Memilih dan menyediakan pegawai kejohanan yang diperlukan secukupnya dari sekolah
  • Menyusun portfolio pegawai kejohanan mengikut kelulusan dan kepakaran mereka




Pengerusi Persiapan Gelanggang
  • Menyediakan gelanggang pertandingan mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia
  • Menanda penanda yang perlu ada di gelanggang pertandingan.  Ini termasuk staggers mengikut warna-warna yang dipersetujui.
  • Menyediakan pelan induk tempat pertandingan




Pengerusi Persiapan Astaka
  • Menyediakan dan menghias astaka
  • Menyediakan tempat duduk VVIP dan VIP serta jemputan
  • Menyediakan rostrum tempat berucap
  • Memastikan astaka sentiasa bersih seperti asal salepas digunakan




Pengerusi  Sambutan/Pembukaan dan Penutup
  • Menyenarai senarai jemputan
  • Menghantar surat  jemputan
  • Menyediakan protocol yang perlu
  • Menyambut ketibaan tetamu
  • Merancang aturcara pembukaan/penutup
  • Merancang persembahan/protocol pelajar semasa upacara pembukaan dan penutupan rasmi
  • Menyediakan bendera dan papan tanda sekolah untuk upacara pembukaan/penutup





Pengerusi Buku Program
  • Mendapatkan butiran maklumat untuk di isi dalam buku program
  • Mendapatkan nama, pangkat dan gelaran yang betul bagi perasmi
  • Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kecil untuk di muatkan dalam buku program
  • Mencetak, mengedar dan menyediakan buku program untuk tetamu/tetamu khas

 
BIL
JAWATAN
BIDANG TUGAS
CATATAN





Pengerusi Jamuan
  • Menyediakan menu jamuan
  • Membuat anggaran perbelanjaan sesuai dengan budget yang telah diluluskan
  • Menyediakan  tempat jamuan untuk tetamu khas dan jemputan
  • Menyediakan jamuan untuk pegawai semasa rehat
  • Memastikan makanan mencukupi
  • Mengadakan system agihan yang berkesan






Pengerusi Hadiah dan Cenderamata
  • Dengan nasihat Pengerusi Teknik, bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran perbelanjaan hadiah dan cenderamata untuk kejohanan ini
  • Membuat anggaran perebelanjaan cenderamata untuk tetamu perasmian pembukaan/penutup
  • Menyediakan sijil yang sudah di tandatangani oleh pihak berwajib untuk pegawai, pemenang dan sijil penghargaan
  • Mendapatkan nama pemenang untuk ucapara penyampaian hadiah.






Pengerusi Penyelia Penyampaian Hadiah
  • Mendapatkan nama dan peserta atau wakil untuk majlis penyampaian hadiah dari pegawai teknikal
  • Menentukan nama penyampai hadiah
  • Mempastikan  gelaran/bintang/pingat penyampai hadiah di catat dengan betul
  • Menyediakan senarai nama penyampai hadiah
  • Menyediakan meja hadiah
  • Menyediakan dulang dan alas untuk majlis penyampaian hadiah
  • Menyerahkan senarai nama pemenang  dan penyampai hadiah kepada juruacara








Pengerusi Statistik/ICT & Keputusan
  • Mengumpul semua keputusan pertandingan
  • Membuat analisis keputusan mengikut kelas dan jantina
  • Mencetak dan mengedarkan keputusan penuh rasmi kepada semua sekolah dan zon/luak yang mengambil bahagian sejurus selepas penutupan rasmi dijalankan.
  • Menyediakan senarai nama pemenang dan menyerahkannya kepada pengerusi  juruacara dan siaraya untuk diumumkan secara rasmi
  • Dengan bantuan Pengerusi Teknik, undian lorong untuk acara akhir dari keputusan saringan.
  • Mengedarkan keputusan undian lorong
  • Dengan kerjasama Pengerusi Teknik, Pengurus Kejohanan, Pengerusi Pengelola membuat keputusan pemilihan peserta terbaik mengikut jantina dan kelas

 
BIL
JAWATAN
BIDANG TUGAS
CATATAN



Pengerusi Papan Keputusan
  • Menyedia dan menghias papan keputusan
  • Mengemaskini keputusan pungutan pingat mengikut sekolah setiap 1 jam masa pertandingan
  • Mendapatkan keputusan terkini dari Pengerusi Statistik/ICT dan Keputusan





Pengerusi
Marshall dan Keselamatan
  • Bertanggungjawab dengan kawalan arena
  • Membenarkan hanya pegawai dan peserta boleh berada di arena
  • Menyediakan rentangan kawasan untuk penonton
  • Mempastikan lalulintas berjalan lancer dan tidak menghalang laluan
  • Mendapatkan bantuan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba , JPA 3 dan Kadet Bersatu untuk melaksana tugas ini
  • Mendapatkan bantuan pihak polis jika perlu





Pengerusi
Rawatan Kecemasan
  • Menyediakan peti pertolongan cemas/Bantu mula yang mempunyai kelengkapan yang secukupnya
  • Menyediakan pasukan Bantu mula bertugas disepanjang kejohanan
  • Mendapatkan bantuan dari Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah, St John Ambulance dan lain-lain persatuan untuk tujuan di atas
  • Menghubungi pihak hospital untuk bantuan jika perlu.





Pengerusi Siaraya dan Publisiti
  • Menyediakan peralatan siaraya dalam keadaan yang baik untuk digunakan
  • Membuat dan memasang kain rentang untuk tujuan publisiti jika perlu
  • Menyediakan muzik ringan/iringan sebelum atau semasa selingan majlis dan semasa upacara penyampaian hadiah jika perlu




Pengerusi Juruacara
  • Menyediakan script mengikut upacara
  • Menyediakan dan mengambil tahu protocol majlis
  • Menyelaras tugas dengan Pengurus Kejohanan, Pengerusi Teknik, Pengerusi Hadiah dan Pengerusi Penyelia Hadiah

 
*Kegagalan itu sebenar-benarnya merupakan satu penangguhan kemenangan

* Sentiasa mendahului

No comments:

Post a Comment