SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KALI KE-62 TAHUN 2012 "SELAMAT BERTANDING"

PEMECAH REKOD BARU MELONTAR PELURU L12

Tahniah kepada adik Mun Wei Kien dari MSSD Jempol kerana telah dapat memecahkan rekod kejohanan MSSNS. Pelajar dari SKJC Chi Wen ini telah mencipta rekod baru bagi acara melontar peluru dengan catatan jarak sejauh 12.02 meter (rekod lama 11.66m). Tahniah dan semoga ada lagi rekod MSSNS yang akan dipecahkan.

PEMECAH REKOD BARU 1500m L15



Setinggi tahniah kepada Ahmad Muhamad Hamizan dari MSSD Seremban 2 kerana telah dapat memecahkan rekod kejohanan MSSNS pada hari pertama. Pelajar dari SMK Seri Ampangan ini telah mencipta rekod baru bagi acara 1500m dengan catatan 4:26.05s (rekod lama 4:31.9s).

PEMECAH REKOD BARU 200M L18



Sekalung tahniah kepada Mohd Hakim Faizi b Rosli dari MSSD Kuala Pilah kerana telah berjaya memperbahurui rekod kejohanan MSSNS. Pelajar yang menjalani latihan di Johor ini telah mencipta rekod baru bagi acara 200m dengan catatan 22.47s (rekod lama 22.59s ET. Tahniah dan semoga ada lagi rekod MSSNS yang akan dipecahkan.

PEMECAH REKOD BARU MELEMPAR CAKERA L18


Tahniah kepada Irfan b Shamsudin dari MSSD Kuala Pilah kerana telah dapat memecahkan rekod kejohanan MSSNS. Pelajar dari Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil ini telah mencipta rekod baru bagi acara melempar cakera dengan catatan jarak sejauh 51.24 meter (rekod lama 44.57m dan juga melepasi rekod MSSM (48.52m). Tahniah dan semoga ada lagi rekod MSSNS yang akan dipecahkan.