SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KALI KE-62 TAHUN 2012 "SELAMAT BERTANDING"

PERATURAN KEJOHANAN



MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS NS KE-62, 2012

PERATURAN PERTANDINGAN


1.0          Undang-Undang
1.1          Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dengan beberapa pengecualian tertentu.

2.0          Tarikh
2.1          Tarikh Kejohanan ialah      : 9, 10, 12 dan 13 April 2012
2.2          Tempat Kejohanan ialah  : SSNS / SMK Za’ba.

3.0          Penyertaan

3.1    Tiap-tiap MSS D dibenarkan mendaftar  tidak lebih dari dua peserta bagi sesuatu acara perseorangan, dua  peserta juga untuk acara terbuka dan satu pasukan sahaja untuk acara pasukan.
3.1.1               Atlet-atlet dari Sekolah Sukan Malaysia atau Sekolah Sukan Negeri dibenarkan untuk bertanding  mewakili MSS D masing-masing. Perlu buat permohonan sendiri secara bertulis. Atlet-atlet berkenaan adalah tanggungjawab sepenuhnya MSS D yang diwakilinya.

3.2    Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding lebih dari tiga acara perseorangan dan dua acara berpasukan. Acara terbuka ialah acara perseorangan.

3.3    Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kelas tertentu mengikut kategori umurnya sahaja kecuali acara-acara Terbuka Kategori yang membenarkan untuk mendaftarkan seramai tiga (3) orang peserta.

3.4  Peserta-peserta Heptathlon (L), Pentathlon dan Quatathlon (L&P) tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara perseorangan dan berpasukan.

3.5    Acara Terbuka Kategori terdiri dari acara-acara lompat bergalah, tukul besi, 3000 m (P) dan 5000 m (L).  Dibenarkan untuk mendaftarkan sebanyak tiga (3) orang peserta.

4.0                Pembahagian Kelas
4.1          Peserta-peserta adalah dibahagikan kepada kelas mengikut umur pada 1hb. Januari 2012.

Kelas 1   :               bawah 18tahun –lahir pada tahun 1994,1995, 1996
Kelas 2   :               bawah 15 tahun –lahir  pada tahun 1997,1998, 1999
                                Kelas 3   :               bawah 12 tahun- lahir pada tahun, 2000, 2001
                                Kelas 4   :               bawah 10 tahun – lahir pada atau sebelum  tahun 2002
                               
                                4.1.1       Tingkatan 6 atas dan bawah tidak dibenarkan.

5.0                Pendaftaran Peserta
5.1          Pendaftaran peserta hendaklah dibuat 2 minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan Disket dan /Borang Penyertaan Rasmi (tiga salinan) yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir  tentang seseorang peserta hendaklah disahkan oleh Pengerusi Pengelola  Kejohanan Olahraga MSS D masing-masing. Disket dan 2 salinan Borang pendaftaran ini hendaklah dihantar kepada Pengerusi Pertandingan Kejohanan di alamat : SSNS SMK Za’ba, Kuala Pilah.

5.2          Sila lengkapkan juga borang M 01 dan R 01 bersama gambar atlet bagi setiap peserta. Segala pengesahan oleh (pengetua , guru besar, GPK) di buat hanya oleh pihak sekolah atlet berkenaan didaftarkan.          Pengelola peringkat daerah tidak dibenarkan membuat sebarang pengesahan kecuali atlet sekolahnya sendiri.
5.2.1       Kegagalan melengkapkan borang M 01 dan R 01 mengakibatkan atlet berkenaan tidak dibenarkan bertanding.
5.2.2       Tarikh akhir melengkapkan dan menghantar borang M 01 dan R 01 kepada urusetia pertandingan adalah pada 2/4/2012.
5.2.3       Jawatankuasa pertandingan, Semua PTPS Daerah bersama PTPS MSSNS berhak menyemak borang M 01 dan R 01 dari mana-mana daerah bermula dari tarikh 2/4/2012 hingga selepas kejohanan MSSNS. Jika terdapat sebarang salah laku / kemusykilan / yang seumpamanya, jawatankuasa integriti / kesahihan akan bermesyuarat dan mengambil pelbagai langkah sehingga ke peringkat menarik pingat yang dimenangi oleh atlet berkenaan, ataupun apa saja yang berkaitan dengan atlet dan juga MSS Daerah atlet berkenaan. Penipuan adalah sangat-sangat dilarang. Jika terdapat sebarang usaha untuk melakukan penipuan dan terbukti benar, pihak pengelola tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan.
5.2.4       Jawatankuasa khas integriti adalah terdiri dari:
                                Setiausaha Kehormat MSSNS / wakil
                PTPS Balapan Dan Padang MSSNS / Pengarah Kejohanan
                                Pengerusi Kepegawaian / wakil
                                2 orang PTPS daerah yang berkecuali.
                                Setiausaha (Pencatat)

5.3           Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Lari Beganti-ganti wajib  mendaftar juga.

5.4           Tarikh tutup permohonan ialah pada: 28/3/2012. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak
akan dilayan.

5.5           Gunakan borang berasingan mengikut kelas dan jantina berikut.

KELAS
LELAKI
PEREMPUAN
1
Kuning
Kuning
2
Merah
Merah
3
Putih
Putih
4
Biru
Biru

6.0          Nombor Peserta
6.1          Nombor yang digunakan oleh peserta adalah dicetak mengikut daerah,kelas dan nombor peserta. Ditulis di atas kertas tidak diterima. Tebal Nombor ialah 1.5cm dan tinggi  nombor ialah 10cm. Ukuran lain (putih) yang digunakan ialah 25cm x 15cm. Cetakan warna HITAM untuk peserta lelaki dan warna MERAH untuk peserta perempuan. Nombor-nombor peserta adalah  tanggungjawab MSS DAERAH masing-masing.

6.2                Semua peserta hendaklah diberi nombor termasuk peserta acara berpasukan di dalam borang pendaftaran.

6.3           Setiap nombor  peserta akan menggunakan 1 / 2 huruf dan tiga angka. Huruf  pertama dan kedua    
menunjukkan  daerah diikuti  angka pertama menunjukkan kelas peserta, angka kedua dan ketiga menunjukkan  nombor peserta dari daerah tertentu.

                                6.3.1       Kod Daerah

KOD DAERAH
DAERAH
BILANGAN PESERTA
T
Tampin
2
R
Rembau
2
D
Jempol
2
J
Jelebu
2
E
Port Dickson
2
P
Kuala Pilah
2
S A
Seremban 1 (U & B)
2
S B
Seremban  2 (S & T)
2

6.3.2           Nombor Peserta Mengikut Kelas

KELAS
NOMBOR PESERTA
LELAKI
NOMBOR PESERTA PEREMPUAN
Kelas 1
101  -  150
151  -  199
Kelas 2
201  -  250
251  -  299
Kelas 3
301  -  350
351  -  399
Kelas 4
401  -  450
451  -  499

6.4                Peserta-peserta diwajibkan menggunakan  empat pin di hadapan dan empat pin di belakang.

6.5          Peserta untuk acara Lompat Tinggi dibenarkan menggunakan satu nombor sama ada di hadapan atau di belakang

7.0          Pakaian Peserta
7.1          Dalam semua acara, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan  kemas. Peserta
              lelaki  dan perempuan boleh menggunakan baju –t, singlet dan  seluar pendek/trek.Jika memakai
             tudung kepala hendaklah diikat dengan kemas atau dimasukkan ke dalam baju supaya tidak
             menutup nombor peserta berkenaan atau mengganggu peserta lain.
7.1.1           Pegawai-pegawai berkenaan berhak menghalang mana-mana peserta yang memakai
pakaian yang tidak sesuai daripada menyertai acara tersebut.

7.2          Semua peserta MSSD mesti memakai jersi yang berwarna seperti jadual di bawah:

BIL
MSSD
WARNA JERSI MSSD
1
Tampin

2
Rembau
Biru Tua
3
Jempol
Hijau
4
Jelebu
Kuning Merah
5
Port Dickson
Biru Tua & Biru Muda
6
Kuala Pilah
Kuning
7
Seremban  A
Merah Putih
8
Seremban B
Merah Putih
·         Guna warna jersi yang sedia ada.

8.0                PERALATAN
8.1                Alat-alat untuk acara padang/balapan akan disediakan oleh pihak Pengelola Kejohanan Peserta-peserta dibenarkan membawa alat sendiri tetapi perlu diserahkan kepada penganjur 2 minggu sebelum kejohanan untuk diperiksa dan disahkan.

8.1.1       Ketinggian permulaan acara Lompat Tinggi (cadangan)

Kelas
Lelaki
Perempuan
1
1.60m
1.20m
2
1.40m
1.10m
3
1.20m
1.05m
4
1.00m
0.90m

Peningkatan pada setiap pusingan berikut ialah 3cm.
8.1.2       Ketinggian permulaan bagi acara Heptathlon, Pentathlon dan Quatathlon.

Kelas
Lelaki
Perempuan
Hepta
1.40m

Penta

1.20m
Quata
1.30m
1.10m

Bilangan percubaan bagi acara-acara padang ialah TIGA kali percubaan sahaja
8.1.3       Kedudukan papan lonjak untuk acara Lompat Kijang.

Kelas
Lelaki
Perempuan
1
11/9m
9/7m
2
9/7m
9/7m


8.1.4       Ukuran Tinggi/Berat alat yang digunakan.

Acara
Lelaki
Perempuan

1
2
3
4
1
2
3

60m



0.60m



0.60m
80m L/P


0.762m



0.762m

100m L/P




0.838m
0.762m
0.762m

110m L/P
0.992m
0.914m






200m L/P

0.838m



0.762m


400m L/P
0.914m



0.762m



Peluru
5.45kg
4.55kg
2.72kg
2.00kg
4.00kg
4.00kg
2.72kg
2.00kg
Cakera
1.50kg
1.00kg


1.00kg
1.00kg


Lembing
700g
600g


600g
600g


Tukul Besi
5.45kg



4.00kg




8.1.5       Acara 60m, 80m, 100m, 110m, 200m dan 400m Lari Berpagar.

Acara
Bilangan Pagar
Pagar 1 dari Garisan Permulaan
Pagar ke Pagar
Pagar akhir ke Garisan Penamat
60m
6
12.00m
6.5m
15.50m
80m
8
12.00m
8.00m
15.50m
100m
10
13.00m
8.50m
10.50m
110m
10
13.72m
9.14m
14.02m
200m
10
16.00m
19.00m
13.00m
400m
10
45.00m
35.00m
40.00m

8.1.6       Acara Pentathlon                                :               Perempuan Kelas1
Hari pertama                        :               100m Lari berpagar, Lompat tinggi dan  Peluru
                                Hari Kedua                           :               Lompat Jauh dan 80m

                8.1.7       Acara Hepta                         :               Lelaki Kelas 1
                                    Hari pertama                        :               110m Lari berpagar, Lompat Tinggi dan Peluru dan 400m
                                Hari Kedua                           :               Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500m

8.1.8       Acara Quatathlon               :                               Lelaki & Perempuan Kelas 2
                Hari pertama                        :               100/110m Lari berpagar, Lompat Tinggi
                                Hari Kedua                           :               Lompat Jauh dan 800m



9.0          Melapor Diri dan ketetapan masa
9.1          Peserta-peserta hendaklah melapor kepada Hakim Bilik Penggilan 30 minit sebelum acara dimulakan. Setiap peserta diwajibkan menunjukkan Kad pengenalan/Surat pengenalan diri/surat beranak atau salinan fotostat yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar atlet berkenaan. Masa untuk melapor akan diumumkan/dipaparkan.

9.2           Para peserta TIDAK dibenarkan melaporkan diri terus kepada  Pegawai Teknik  dalam arena    
       pertandingan.

9.3          Peserta yang tidak melapor pada masa yang dicatatkan (untuk acara balapan pusingan separuh akhir dan pada akhir) dianggap tidak mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

9.4          Peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga dan jika telah memperolehi apa jua pingat pada acara sebelum ini, pingat tersebut tidak perlu dikembalikan kepada pengelola.Jika kelewatan ini tidak disengajakan persetujuan pegawai Hakim Bilik Panggilan perlu diperolehi sebelum dibenarkan bertanding. Syarat ini bergantung kepada kedudukan acara dan tidak boleh mengubah kedudukan  atau keputusan yang telah diperolehi.

 9.5         Sekiranya peserta terbabit mengambil bahagian  di dalam acara yang sedang  dijalankan, Pengurus Pasukan hendaklah memberitahu Hakim Bilik Panggilan. Acara Balapan diberi keutamaan.

9.6          Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir WAJIB memulakan dan menamatkan perlumbaan (acara balapan). Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan.

9.7          Peserta yang menarik diri semasa kejohanan tidak boleh diganti. Peserta berkenaan tidak
dibenarkan bertanding bagi acara berikutnya. Jika telah memenangi pingat sebelum diistiharkan menarik diri, pingat yang dimenangi tidak akan diambil.


10.0        Penggantian Peserta.
10.1       Tidak dibenarkan sebarang pertukaran acara bagi peserta-peserta acara perseorangan di sepanjang kejohanan ini.

10.2      Penggantian peserta hanya boleh dibuat dalam taklimat Pengurus Pasukan  sebelum atau pada
 28/3/2012. Ia hanya melibatkan penggantian atlit yang telah berdaftar sahaja. (Atlit A   hanya   
 boleh diganti oleh Atlit B dengan syarat Atlit B mengambil semua acara  yang  didaftarkan bagi  
 Atlit A).

10.3        Peserta yang disahkan  cedera oleh Pegawai Perubatan kejohanan atau pengurus Kejohanan semasa kejohanan dikecualikan dari fasa 9.7

11.0        Pembatalan
11.1        Semua peserta yang telah layak dari pusingan separuh  akhir keakhir TIDAK  boleh menarik diri dari peringkat akhir. Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir mesti memulakan dan menamatkan perlumbaan. Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga.

11.2        Peserta acara balapan tidak akan diberi kad kuning (peringatan) jika memulakan larian sebelum tembakan mula. Sebaliknya akan dibatalkan walaupun melakukan kesalahan buat pertama kali. (Peraturan terkini)
                11.2.1     Masih lagi menggunakan peraturan sebelumnya; iaitu amaran akan diberikan kepada
semua atlet selepas kesalahan kali pertama, walaubagaimanapun atlet akan dibatalkan
jika melakukan kesalahan yang berikutnya. Ini bertujuan untuk mendidik atlet serta MSS NS akan kerugian atlet yang bagus.


12.0        Penentuan Johan pasukan dan Individu
12.1       Keputusan keseluruhan berpandukan jumlah pungutan emas diikuti pingat perak  dan gangsa   
              termasuk pencapaian pasukan dan individu.

12.2        Pemilihan  Peserta Terbaik.

12.2.1     Pemilihan peserta terbaik mengikut kelas umur berpandukan kepada peserta yang memecahkan rekod pada peringkat yang tertinggi (MSSNS,MSSM, SEKOLAH ASEAN, MAAU)

12.2.2     Sekiranya perkara 12.2..1 tidak ada, maka penyamaan rekod akan diambil kira dalam pemilihan peserta terbaik.

12.2.3     Atau berpandukan kepada pungutan pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi oleh peserta tersebut.               

12.2.4     Jika pungutan pingat-pingat seri, keputusan akan dibuat berpandukan kepada gabungan acara:

1. Balapan & padang
2. Balapan
    (Acara jarak dekat  diutamakan dari jarak jauh)
3. Padang.
                                12.2.5     Jika masih seri, rekod yang paling lama bertahan menjadi keutamaan.

12.2.6     Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih  Peserta terbaik kejohanan adalah muktamad.

13.0        Akhir.
13.1        Jika terdapat Tiga Separuh Akhir - Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir akan layak ke peringkat akhir.

13.2        Jika terdapat Dua Separuh Akhir: Tiga peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir:

13.3        Kedudukan lorong pada peringkat akhir akan ditentukan mengikut masa yang dibuat pada peringkat separuh akhir. Empat masa terbaik akan ditempatkan dalam lorong 3,4,5 dan 6 mengikut cabutan undian . Dua  masa terbaik berikutnya diundikan  dilorong 7 dan 8. Dua masa berikutnya diundikan di lorong 1 dan 2.

14.0       Bantahan

14.1      Sebarang bantahan berhubung dengan kejohanan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan secara   
      bertulis dalam 15 minit (peringkat separuh akhir) dan 30 minit (peringkat akhir) selepas satu-satu   
      keputusan rasmi  diumumkan. Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu
      Ratus Sahaja) hendaklah disertakan sama. Bantahan hendaklah  dihantar kepada Pengurus.

14.2      Wang Pertaruhan ini akan menjadi hak milik Jawatankuasa Pertandingan jika   bantahan tidak
             berjaya.

14.3        Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan Kejohanan ini, Pengurus-pengurus pasukan hendaklah kemukakan kepada Pengurus Kejohanan.

14.4        Penggunaan sebarang peralatan berteknologi terkini adalah tidak diterima sebagai bahan bukti jika berlaku sebarang bantahan kecuali yang disediakan oleh MSS Negeri Sembilan / Unit Sukan dan seumpamanya.
                14.4.1     Jika pihak berkenaan tidak menyediakan kemudahan tersebut, keputusan referi             kehormat  dan akhirnya juri rayuan adalah diambilkira sepenuhnya.
14.5        Panel juri rayuan adalah terdiri:
                Setiausaha Kehormat MSSNS / wakil
                Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Balapan Dan Padang MSSNS / Pengarah Kejohanan
                Pengerusi Kepegawaian / wakil
                Setiausaha (Pencatat)

15.0        Penyampaian Hadiah

15.1        Acara Individu sehingga 1500 meter                              Pertama hingga Ketiga

15.2        Acara Individu 2000 meter ke atas                                 Pertama hingga Keenam

15.3        Acara Quatathlon, Pentathlon dan  Heptathlon           Pertama hingga Keenam

15.4        Acara Berpasukan                                                              Pertama hingga Ketiga (Lima
orang setiap pasukan)

                15.5        Acara Padang                                                                      Pertama hingga Ketiga

                15.6        Acara Tukul Besi dan Lompat Bergalah                        Pertama hingga Keenam

15.7      Penyelia hadiah akan menjemput pemenang untuk menerima hadiah. Pengurus  Pasukan mesti
      menyediakan pengganti peserta jika pemenang tidak dapat hadir.

15.8      Penerima hadiah hendaklah  berpakaian sesuai (baju dan seluar trek), berkasut dan  tanpa bertopi

16.0          Keselamatan

16.1        Pihak Pengelola akan mengambil langkah-langkah tertentu  untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

16.2        Pihak Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas kejohanan

16.3        Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peserta adalah tanggungjawab peserta itu.       

16.4        Penyertaan peserta adalah  tanggungjawab sendiri.   
               

17.0        Penggunaan Dadah

17.1            Penggunaan dadah sebelum atau semasa kejohanan adalah diharamkan.

17.2        Ujian-ujian pengesanan (doping test) boleh dijalankan ke atas peserta-peserta secara rambang.

18.0        Tindakan Mahkamah
18.1        Sebarang tindakan mahkamah tidak  boleh diambil ke atas pengelola berhubung dengan  kejohanan ini –MSSDST/MSSNS/MSSM.

19.0        Status Atlet
                19.1        Atlet yang bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia , Sekolah Sukan Negeri serta mana-mana
sekolah / pusat latihan di luar Negeri Sembilan dibenarkan untuk menyertai daerah yang mana nama asalnya didaftarkan.
19.1.1     Jika terdapat sebarang masalah, perbincangan adalah diharapkan. Walaubagaimanapun keputusan Jawatankuasa Teknikal Negeri adalah muktamad.



20.0        Pindaan dan Hak Jawatankuasa Pengelola
20.1        Semua acara dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Pihak Pengelola berhak membuat pindaan dalam susunan acara jika difikirkan perlu

20.2      Pengelola berhak membuat sebarang pindaan atau pertukaran tertentu ke atas peraturan
              pertandingan jika perlu tanpa terikat kepada persetujuan Pengurus- pengurus Pasukan. Sebarang  
             pindaan atau pertukaran yang dibuat akan  diumumkan.

20.3        Pengelola berhak memutuskan  sebarang perubahan Peraturan Pertandingan yang tidak tercatat dalam peraturan MSSM dan Undang-undang KOAM.

 
Disediakan oleh
PTPS BALAPAN DAN PADANG NEGERI SEMBILAN 2012